Selasa, 4 Ogos 2015

Syawal yang diraikan

Assalamualaikum...Alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan Syawal yang mulia ini. Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin..tinggal beberapa hari lagi bulan syawal akan meninggalkan kita. Moga kedatangan syawal kali ini akan terampun dosa2 kita.
   Tiada beza raya tahun ni dengan tahun2 yang sebelumnya kerana aku still xdak baju raya. Bukannya aku xmampu tapi xda keinginian nak membelinya...raya terasa suram tahun demi tahun..tiada apa yang berubah dan tiada siapa yang patut diubah..tapi mengapa jadi begitu?
   Mak kata 'jangan sedih kerana ada orang yang lebih teruk dari kita'...mungkin aku yang xtahu bersyukur..yang ada depan mata xnampak nyamuk diseberang laut nampak...hahaha. Manusia..manusia..xpernah lari dari melakukan kesilapan..
   Raya tetap raya dan tiada apa yang berubah..setiap tahun ia akan datang tanpa mengira apa jua keadaan...muncul bagi menghiburkan hati manusia2 yang terlalu rindukan saudaranya...suaminya...isterinya...anak2nya...cucu2nya dan sekalian manusia yang lain..

  Kedatangannya selalu dirai dengan gelak tawa dan tangisan kerinduan

Aku harap kedatangan syawal akan datang mampu merobek hati wanitaku..
Sekian, Jumpa lagi dientry akan datang.

Ahad, 25 Januari 2015

Gadis Lasak : Si Cantik dengan Superbike

Tentang Lady Bikers

Assalamualaikum..
Berjumpa kita di entry yang paling hot abad ini..haha ambik ko..UwekKK!! Jom baca apa yang aku nak kongsikan pada kali ini..Semuanya tentang gadis dan motor..hihi comel kan??

Ini lah kita masa mula2 makbapak bagi motor kan..Mula2 belajar tolak dulu kan? hehe pastu start engine naik slow2..ye la  masa first kena la slow kan nanti tak pasal2 dalam longkang pula kan? Sama juga macam aku dulu xpandai bawa motor..masa first dapat motor kena pula yang ada clutch..Perghh susah gila..sampai traffic light je aku turun tolak motor..Ha3 sebenarnya aku takut nak buat U-Turn. Malu tu xpayah nak kata la..tebal muka 4inci. Bila dah lama naik rasa berani sikit bawa "middle speed" hihi pastu dah pandai layan corner..tapi tulah kenangan kan..bila xbuat rasa nyesal pula nanti bila dah buat rasa bersalah pula..Korang tahu x kenapa?


Aku 'try' la nak 'wekang' mcam minah nie buat tapi.....something berlaku....dan biar aku sedar aku dah tergolek atas jalan...ha3 amat memalukan!! TT mehh aku citer kejadian sebenar, xtergamak la aku nak 'wekang' dengan motor pemberian bapak aku ni kan..Pada masa kejadian aku nak p beli sayur nak masak bagi BF aku makan n masa tu raya pula..dah siap beli barang, aku pon start la moto nak balik tanpa diduga motor yang depan aku brek mengejut dan ia menghalang laluan aku.So aku xda pilihan melainkan tekan brek sekuat hati sampa la aku rasa melayang mcm gmbar kat atas tu hahhh dan bila aku sedar aku dah terbaring kat tepi jalan dengan darah kat tangan..calar balar  la sikt kena sagat dengan tart tu...biasalh bapak aku cakap 'no pain,no gain' hahah mak aku bising satu rumah dan aku pula kena tahan kat Wad 1mlm..Itulah citernya! Knal x sapa kat bawah nie?



Kenalkan ini lah K.Gee or nama sebenar beliau ialah Fauziah Latif. Aku start mengenali dia nie dalam group Lady Bikers kat Facebook tu..Sebelum ni aku xtahu pula dia naik moto besar..Bila dah tahu aku pon startlah jatuh hati kat dia..Opss! Sweet je K.Gee nie..First time jumpa dia kat pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah. Masa itu dorang nak masuk Thailand aku nak sambunt dorang la kt pintu masuk tu..haha Alhamdulillah sempat la jumpa dorang nie sebelum bapak aku call suruh balik..haha sporting dan baik giler group dia nie...Insyallah ada masa nak jumpa lgi tau!



Dan yang  nie pula Erra Fazira..Sapa xkenal kan?? Klu aku xkenal memang kena sakai la jawabnya..Haaha xsangka Kak Erra yan sweet,ayu2 gitu pon seorang bikers kan?? I'm so impressed!!
Teruskan menunggang akak2 semua..we all bikers and we are united...Aku sentiasa follow perkembangan retis pujangga aku nie cuma masa dan kewangan yang memaksa aku follow dalam alam maya je..klau ikutkan hati nak je aku follow konvoi sekali..tapiii....motor aku tu kalau konvoi dengan depa memang makan asap la cheq kat belakang..hahaha



Tentang Hati : Sakitnya bila dilukai

Sakitnya seperti ditusuk sembilu...

Bismillah itu permulaan kalam, 
Dengan nama Allah Khalik Al-Alam, 
Melimpahkan rahmat siang dan malam, 
Kepada segala mukmin dan Islam....

Ya Allah Sungguh berat Ujian yang Engkau berikan padaku..mampukah aku menghadapinya? Saat hati ingin percaya, saat hati ingin diisi..kenapa tiba2 semua ini berlaku? Dimana silapnya? Telah ku cuba buang rasa itu tapi ia tetap menyakitkan aku...telah aku cuba untuk melupakannya tapi pedih kurasakan...hati sering bertanya, kenapa? kenapa? kenapa?..Aku tiada jawapan untuk semua itu..Dan aku yakin Allah SWT punya jawapan untuk segalanya.. 




Peluang telahku berikan untuk kau mengenali diriku..sanggup aku rendahkan martabat diriku untuk beri kau rasa selesa berkawan denganku..aku tahu siapa diri aku dan aku juga tahu siapa diri kau yang sebenar....kadangkala aku cuma selami jiwa kau tapi seringkali aku gagal kerna kau bijak berhelah..kata kau "orang berpengalaman banyak ilmunya" Siapa lah aku nak menyangkal kenyataan itu kan?. Tapi........
Kenapa alasanmu tetap sama dengan yang lain. Kau buat aku trauma untuk jatuh cinta lagi..telah tertutup pintu hatiku biar aku lihat gambar kemesraan kau dengan si dia, aku keliru siapa yang merampas dan siapa pula yang dirampas? Setahu aku kau solo lagi masa aku tackle kau? AKU TACKLE KAU?? Ya memang betul aku yang tackle kau..aku yang stalk kau dan aku yang mulakan segalanya tapi aku berharap yang pilihan aku kali ini adalah betul...Ternyata...
Aku silap lagi.. T.T Sekali lagi aku rasa terluka dan dilukai.. Pedih, kecewa,geram,sakit hati bila mengetahui hal yang sebenarnya. Benarlah kata ibuku, kau pandai berhelah..Bodohnya aku sebab masih terjerat dengan orang seperti kau..Sabarlah wahai hati..engkau akan terisi juga nanti. Wahai air mata jangan kau tumpahkan pada sesuatu yang tak berguna...

Baiklah sayang, aku ikut apa katamu...Kau ikutlah jalan itu dan aku susuri jalanku..Moga kau bahagia dengan si dia..usah pedulikan aku biar aku ubati lukaku sendiri..


Khamis, 22 Januari 2015

Takdir : Salah Takdirkah hidup kita jadi begini?

Assalamualaikum...

Bersua kembali kita di Tahun 2015 nie...Rasanya dah setahun aku xupdate blog nie kan...Entry kali nie aku nak cerita pasal takdir. Mesti korang pernah dengar kan, xpon selalu dengar bila member2 korang cakap 'ala..biarlah aku begini..sudah takdirku begini'. Takdir..takdir...takdir...sebenarnya takdir tu xsalah cuma kita sebagai manusia perlulah berusaha untuk dapatkan sesuatu, jangan harap rezeki tu datang bergolek...

           Sebenarnya aku nak cakap soal jodoh. Orang selalu cakap 'Kalau ada jodoh xkemana' ye la kan...tapi mesti kita tertanya-tanya siapa jodoh kita kan?? Entahlah nak cakap lebih pon xboleh sebab aku pon xkawen lg...Ramai diantara kita yang cepat jodohnya dan ada diantara mereka yang lambat jodohnya..walaupon secepat atau selambat mnapon jodoh tu ia akan tiba juga nanti..

          Tolong jangan salahkan takdir bila jodoh korang lambat..mungkin Allah telah merencanakan sesuatu yang baik untuk korang..berusaha lah mencarinya. Dan yang paling penting untuk hidup bahagia korang mestilah dapatkan restu drpda kedua2 orang tua...Restu itu penting..Tanpa restu dri mereka xberkat rumahtangga korang nanti...Sekurang2nya ambillah hati mereka.. Ingat kita bukan kawen dgn anak mereka sja tapi kita perlu kawen dengan seluruh ahli keluarga..

           Aku doakan korang dapat jodoh yang baik2 dan sejuk mata memandang..Teman Hidup yang dapat jaga korang waktu sakit, yang sentiasa ada disisi korang waktu sakit dan paling penting bukan pisau cukur ye.. Harta penting juga tapi jangan la cari yang Mata Duitan!!!

                                                                                                                             Salam Sayang.
                                                                                                                               KakiRempit


Rabu, 19 Februari 2014

Superbike Itu Cinta


Assalamualaikum...

Kali nie aku nak kongsi novel yang aku dah baca dengan korang. Novel apa?? Best sangat ka nak kongsi2 dengan orang nie?? Lantak la apa korang nak kata yang penting aku nak kongsi juga..
Tajuk Dia : Superbike itu Cinta
Penulisnya : Nia Qurratun'aini
M/S: 108
Terbitan: Fajar Pakeer
SUPERBIKE ITU CINTA ?? Apa benda la yang penulis nie cuba sampaikan..aku tau setengah dari korang mesti xminat moto kan? Mana la korang nak tahu ataupun rasa ( apakah itu cinta terhadap moto) Pelik sungguh bunyinya..aku pon pening gak.Tapi apa yang aku nak sampaikan ialah hubungan kita dgn kenderaan yg kita naik..huhuhu
Nak baca sinopsis dya?? Sat naih cheq tulis...
Kau gila ke apa nak suruh aku jadi suami kau?”

“Jadi suami olok-oloklah, pekak.”

“Suami olok-olok kepala otak kau. Habis tu, kalau dah nikah tu apa namanya?”

Apabila melihat si penunggang Superbike berwarna hijau itu, pasti tiada siapa yang menyangka pemiliknya adalah seorang gadis. Gadis berambut pendek yang kasar, ego dan pantang dicabar itu hidup dalam dunianya sendiri. Jika gadis sinonim dengan keayuan, AD dengan motosikal berwarna hijau itu.

Lain pula ceritanya dengan Wafi Azrel Shah, lelaki biasa namun punya karisma. Dia penuh cita rasa dan prinsip dalam mencari permaisuri hidup. Dia sudah menetapkan ciri-ciri yang dia kehendaki. Dia yakin gadis manja, lemah lembut dan penuh dengan keayuan seperti Nadhira adalah pilhan hatinya.

Kerana Superbike, AD bertemu Wafi. Pertemuan empat mata untuk pertama kalinya sudah cukup untuk mewujudkankan rasa benci antara mereka berdua. Sejak pertemuan itu lagi Wafi dan AD melancarkan perang dunia ketiga. Mati hidup semula sekalipun Wafi tidak akan memandang gadis seperti AD. Ya, tidak mungkin!

Part yang paling aku geram sangat bila orang pandang minah motor nie macam orang yang xda pelajaran..tomboy ataupun bohsia..Hey tolong la KAMI BUKAN MINAH REMPIT!! Kami nie gadis-gadis yang meminati sukan permotoran. Kami bukan perempuan sebarangan..kami ada parent yang support kami, kami berpelajaran dan ada sesetengah daripada kami yang belajar sampai PHD dan berkerjaya tinggi.. Tolong HORMAT KAMI..Tetiba emo sikit kat situ ye.. sorry.

Kepada yang minat motor tu aku syorkan korang baca novel nie xrugi pon beli..ada element nasihat dan isu kekeluargaan yang akan menyentuh sanubari korang. Isu-isu dunia permotoran pon ada dalam nie...kalu korang perasaan la bila baca novel nie..Cerita ada sedikit persamaan dengan filem 3 2 1 CINTA lakonan Diana Amir..sipi-sipi la..



Bab2 kasar nie memang dah sifat semulajadi dah..xleh nak buat apa dah..haha

Korang tengok motor pon lebih kurang sama je kan..kaler je berbeza..hahaha apapon superbike kini menjadi kegilaan ramai gadis kat luar sana...

Hope entry aku kali ini dapat membawa korang lebih menyelami dunia aku dalam bidang permotoran ini..segala jenis motor aku minat..xkisah la kecik ke, sederhanana ka, besar ka semua aku minat...join me at retrobiker ye... :*


Haiwan Peliharaan yang paling aku sayang

Assalamualaikum.. Rasanya dah lama aku xupdate blog nie.. Catatan aku kali nie adalah mengenai haiwan peliharaan aku iaitu KUCING. Apa specialnya kucing nie? Rasanya sebab dorang nie comel kot..dan yang paling aku minat pasal haiwan nie adalah sifat dorang tu sendiri yang penyayang dan manja gitu-gitu.. Yes!! Dorang sesangat la manja even you all dalam suka dan duka..Dorang akan sentiasa ada disisi korang..mengusap tangan korang..mengesel-gesel badan kat korang..Kadang-kadang dorang nie akan memujuk kita waktu kita sedang berduka..xcaya??? Try la bela sekor...Aku dulu pon xminat..Sekarang nie bukan main banyak lagi kucing aku bela..depan rumah 5 ekor , belakang rumah 8 ekor tu belum kira yang kat dalam umah..huhuhuhu rasanya kucing tu lg banyak dari Family aku..hikhik
Comelkan...Kitten RIDER..
Macam cantik je...macam comel je..!! Disebabkan laptop aku buat hal..xdapatla aku nak upload gambar2 kucing peliharaan aku ye..huhuhu sedih.. tapi xpa korang boleh tunggu entry aku yang akan datang..nanti aku upload banyak2 sampai korang rasa nak muntah..bye!
Jumpa lagi !!!

Rabu, 12 Februari 2014