Rabu, 19 Februari 2014

Superbike Itu Cinta


Assalamualaikum...

Kali nie aku nak kongsi novel yang aku dah baca dengan korang. Novel apa?? Best sangat ka nak kongsi2 dengan orang nie?? Lantak la apa korang nak kata yang penting aku nak kongsi juga..
Tajuk Dia : Superbike itu Cinta
Penulisnya : Nia Qurratun'aini
M/S: 108
Terbitan: Fajar Pakeer
SUPERBIKE ITU CINTA ?? Apa benda la yang penulis nie cuba sampaikan..aku tau setengah dari korang mesti xminat moto kan? Mana la korang nak tahu ataupun rasa ( apakah itu cinta terhadap moto) Pelik sungguh bunyinya..aku pon pening gak.Tapi apa yang aku nak sampaikan ialah hubungan kita dgn kenderaan yg kita naik..huhuhu
Nak baca sinopsis dya?? Sat naih cheq tulis...
Kau gila ke apa nak suruh aku jadi suami kau?”

“Jadi suami olok-oloklah, pekak.”

“Suami olok-olok kepala otak kau. Habis tu, kalau dah nikah tu apa namanya?”

Apabila melihat si penunggang Superbike berwarna hijau itu, pasti tiada siapa yang menyangka pemiliknya adalah seorang gadis. Gadis berambut pendek yang kasar, ego dan pantang dicabar itu hidup dalam dunianya sendiri. Jika gadis sinonim dengan keayuan, AD dengan motosikal berwarna hijau itu.

Lain pula ceritanya dengan Wafi Azrel Shah, lelaki biasa namun punya karisma. Dia penuh cita rasa dan prinsip dalam mencari permaisuri hidup. Dia sudah menetapkan ciri-ciri yang dia kehendaki. Dia yakin gadis manja, lemah lembut dan penuh dengan keayuan seperti Nadhira adalah pilhan hatinya.

Kerana Superbike, AD bertemu Wafi. Pertemuan empat mata untuk pertama kalinya sudah cukup untuk mewujudkankan rasa benci antara mereka berdua. Sejak pertemuan itu lagi Wafi dan AD melancarkan perang dunia ketiga. Mati hidup semula sekalipun Wafi tidak akan memandang gadis seperti AD. Ya, tidak mungkin!

Part yang paling aku geram sangat bila orang pandang minah motor nie macam orang yang xda pelajaran..tomboy ataupun bohsia..Hey tolong la KAMI BUKAN MINAH REMPIT!! Kami nie gadis-gadis yang meminati sukan permotoran. Kami bukan perempuan sebarangan..kami ada parent yang support kami, kami berpelajaran dan ada sesetengah daripada kami yang belajar sampai PHD dan berkerjaya tinggi.. Tolong HORMAT KAMI..Tetiba emo sikit kat situ ye.. sorry.

Kepada yang minat motor tu aku syorkan korang baca novel nie xrugi pon beli..ada element nasihat dan isu kekeluargaan yang akan menyentuh sanubari korang. Isu-isu dunia permotoran pon ada dalam nie...kalu korang perasaan la bila baca novel nie..Cerita ada sedikit persamaan dengan filem 3 2 1 CINTA lakonan Diana Amir..sipi-sipi la..



Bab2 kasar nie memang dah sifat semulajadi dah..xleh nak buat apa dah..haha

Korang tengok motor pon lebih kurang sama je kan..kaler je berbeza..hahaha apapon superbike kini menjadi kegilaan ramai gadis kat luar sana...

Hope entry aku kali ini dapat membawa korang lebih menyelami dunia aku dalam bidang permotoran ini..segala jenis motor aku minat..xkisah la kecik ke, sederhanana ka, besar ka semua aku minat...join me at retrobiker ye... :*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan