Rabu, 19 Februari 2014

Superbike Itu Cinta


Assalamualaikum...

Kali nie aku nak kongsi novel yang aku dah baca dengan korang. Novel apa?? Best sangat ka nak kongsi2 dengan orang nie?? Lantak la apa korang nak kata yang penting aku nak kongsi juga..
Tajuk Dia : Superbike itu Cinta
Penulisnya : Nia Qurratun'aini
M/S: 108
Terbitan: Fajar Pakeer
SUPERBIKE ITU CINTA ?? Apa benda la yang penulis nie cuba sampaikan..aku tau setengah dari korang mesti xminat moto kan? Mana la korang nak tahu ataupun rasa ( apakah itu cinta terhadap moto) Pelik sungguh bunyinya..aku pon pening gak.Tapi apa yang aku nak sampaikan ialah hubungan kita dgn kenderaan yg kita naik..huhuhu
Nak baca sinopsis dya?? Sat naih cheq tulis...
Kau gila ke apa nak suruh aku jadi suami kau?”

“Jadi suami olok-oloklah, pekak.”

“Suami olok-olok kepala otak kau. Habis tu, kalau dah nikah tu apa namanya?”

Apabila melihat si penunggang Superbike berwarna hijau itu, pasti tiada siapa yang menyangka pemiliknya adalah seorang gadis. Gadis berambut pendek yang kasar, ego dan pantang dicabar itu hidup dalam dunianya sendiri. Jika gadis sinonim dengan keayuan, AD dengan motosikal berwarna hijau itu.

Lain pula ceritanya dengan Wafi Azrel Shah, lelaki biasa namun punya karisma. Dia penuh cita rasa dan prinsip dalam mencari permaisuri hidup. Dia sudah menetapkan ciri-ciri yang dia kehendaki. Dia yakin gadis manja, lemah lembut dan penuh dengan keayuan seperti Nadhira adalah pilhan hatinya.

Kerana Superbike, AD bertemu Wafi. Pertemuan empat mata untuk pertama kalinya sudah cukup untuk mewujudkankan rasa benci antara mereka berdua. Sejak pertemuan itu lagi Wafi dan AD melancarkan perang dunia ketiga. Mati hidup semula sekalipun Wafi tidak akan memandang gadis seperti AD. Ya, tidak mungkin!

Part yang paling aku geram sangat bila orang pandang minah motor nie macam orang yang xda pelajaran..tomboy ataupun bohsia..Hey tolong la KAMI BUKAN MINAH REMPIT!! Kami nie gadis-gadis yang meminati sukan permotoran. Kami bukan perempuan sebarangan..kami ada parent yang support kami, kami berpelajaran dan ada sesetengah daripada kami yang belajar sampai PHD dan berkerjaya tinggi.. Tolong HORMAT KAMI..Tetiba emo sikit kat situ ye.. sorry.

Kepada yang minat motor tu aku syorkan korang baca novel nie xrugi pon beli..ada element nasihat dan isu kekeluargaan yang akan menyentuh sanubari korang. Isu-isu dunia permotoran pon ada dalam nie...kalu korang perasaan la bila baca novel nie..Cerita ada sedikit persamaan dengan filem 3 2 1 CINTA lakonan Diana Amir..sipi-sipi la..



Bab2 kasar nie memang dah sifat semulajadi dah..xleh nak buat apa dah..haha

Korang tengok motor pon lebih kurang sama je kan..kaler je berbeza..hahaha apapon superbike kini menjadi kegilaan ramai gadis kat luar sana...

Hope entry aku kali ini dapat membawa korang lebih menyelami dunia aku dalam bidang permotoran ini..segala jenis motor aku minat..xkisah la kecik ke, sederhanana ka, besar ka semua aku minat...join me at retrobiker ye... :*


Haiwan Peliharaan yang paling aku sayang

Assalamualaikum.. Rasanya dah lama aku xupdate blog nie.. Catatan aku kali nie adalah mengenai haiwan peliharaan aku iaitu KUCING. Apa specialnya kucing nie? Rasanya sebab dorang nie comel kot..dan yang paling aku minat pasal haiwan nie adalah sifat dorang tu sendiri yang penyayang dan manja gitu-gitu.. Yes!! Dorang sesangat la manja even you all dalam suka dan duka..Dorang akan sentiasa ada disisi korang..mengusap tangan korang..mengesel-gesel badan kat korang..Kadang-kadang dorang nie akan memujuk kita waktu kita sedang berduka..xcaya??? Try la bela sekor...Aku dulu pon xminat..Sekarang nie bukan main banyak lagi kucing aku bela..depan rumah 5 ekor , belakang rumah 8 ekor tu belum kira yang kat dalam umah..huhuhuhu rasanya kucing tu lg banyak dari Family aku..hikhik
Comelkan...Kitten RIDER..
Macam cantik je...macam comel je..!! Disebabkan laptop aku buat hal..xdapatla aku nak upload gambar2 kucing peliharaan aku ye..huhuhu sedih.. tapi xpa korang boleh tunggu entry aku yang akan datang..nanti aku upload banyak2 sampai korang rasa nak muntah..bye!
Jumpa lagi !!!

Rabu, 12 Februari 2014



Sabtu, 25 Januari 2014

KEDAH : Tasik Pedu

Assalamualaikum..

Apa Khabaq orang2 kedah..tetiba teringat je gambar masa muda2 dulu..hahahaha gambar masa tengah syok join konvoi..REMAJA kan org kata?? Nie aku nak kongsi gambar2 lama waktu join geng kapcai NAKA..Masa nie xdak event apa pon, cuma jalan-jalan makan angin ja..haha

  
Bukan main bergaya jurukamera nie kan..ada gaya org kata... :) Tangkap gambar ye bang, jgn tangkap yang lain sudah laa..


Teringat zaman atuk-atuk kita kan..dulu2 sapa ada moto kira kaya dah la..org dulu susah, xmcm sekarang. Zaman sekarang setiap orang dah ada motor xkira besar atau kecik..budak sekolah pon dah ada..huhu


Taraaa!! Berkilat x motor cheq nie...jangan jelez ye..


Motor Honda 70 lampu bulat..sapa yang ada moto nie boleh la join..hehe


Tengok tu kalau boleh parkir, maunya depan tasik dorang park..hahaha 'si comel' tu model Jelapang Padi.. :D


Aku dengan BF aku..jalan ini curam ke bawah..so kaki meng xsampai laa..hahaha muka memang 'cuak' takut motor tu berjalan je..xlara den nak kejar nanti..


Cantik kan pemandangan yang ada bukit-bukau nie..tenang je jalan nie..kenderaan xbanyak lalu...sempat model nie ambil gambar..tengok jalan kat belakan tu curam kan..huhuhu ketat lutut cheq tau duk ambil gambar nie..


Hope korang terhibur dengan coretanku kali nie..xbanyak yang dapat kuceritakan..ingat2 lupa masa nie..Anyway harap-harap gambar nie dapat membantu korang if ada yang nak melancong ke negeri kedah nie...haha promote sikit!! 'Kedah is truly nature' :) <3<3<3

Retro : Kenduri Pulut Durian Gajah Putih

Assalamualaikum..

Catatan pertama aku nie ialah tentang konvoi pertama aku selepas dapat kebenaran daripada ayah aku..waktu nie dah hbis sekolah dah, tu yang dia lepas..klu x memang xdapat la aku ride dlm konvoi nie..huhu. Kat sini aku nak kongsi gambar-gambar yang sempat diambil..maklum xramai rider perempuan masa ini..yang ada cuma pembonceng je!! ha3


Nie pic masa mula-mula sampai..main serbu je rumah orang tu..motor bergelimpangan...


Pemandangan dari atas bukit..xsempat nak kira berapa banyak moto..perasan x pondok kat hujung tu?? Tau ada apa kat situ?? Semestinya DURIAN!!!! ...Semua pakat duk nengok kat situ ja..ambik kau!! satu pondok tuan rumah tu kasi.. 



Antara jenis-jenis motor yang join kenduri nie.. dari yang paling kecik sampai yang paling besar..mesti korang tertanya-tanya motor aku yang mana satu?? jap aku upload gambar motor aku.. :)


Nie la pakwe kesayangan aku..dah bertukar kaler dah!! dari putih jadi oren..hihi :)


Mesti korang tertanya-tanya..yang nie motor sapa kan?? Hahaha nie moto adik aku...disebabkan dia xhabis belajar lagi jadi dia xdapat lah nak join konvoi nie huhuhu..nie ayah aku yang bawa..test race katanya!!!


Ini la 'Raja Buah' yang akan dikopek sebentar lagi..Bersiap sedia la buah2 sekalian.. :x


Banyak kan..sampai xtersusun..nasib baik la rumah dia besar..kalau jadi ikan sardin lar...cantik kan pemandangan kat rumah dia nie ..dikelilingi oleh bukit-bukau..best je duk kampung..


Sembang apa tu?? Cheq xdengar laa..


Baca doa dulu sebelum makan...


Sedap je tengok durian nie..Durian kampung rasanya lain skit..


Aiks?? Dah habis satu talam... malam nie jenuh berpeluh la..(panas oi)


Tak cukup kat dalam rumah..pondok nie pon kena serbu..haha..tengok durian tinggal banyak mana dah??


Makan jangan xmakan...


 Selesai makan..tiba la acara bergambar..hihi


Retro klasik beb..xjumpa dah la nie...dulu-dulu je!!


Dah kenyang..Acara melepak la pula kan..Ambil angin katanya..

Rasanya cukup kot setakat nie..xlarat dah cheq nak upload gambar nie..penat.. Insyallah yang lain akan menyusul lepas nie..Semoga korang terhibur dengan coretanku kali ini..bye2 jumpa lagi <3


Assalamualaikum...

Pertama kali buat blog nie..rasa teruja sesangat : ) Ha3
Apapun aku buat semua nie sekadar suka-suka je..nak berkongsi dengan korang apa yang aku suka..mungkin minat kita sama?? Siapa yang tahu kan??
Okey kepada gadis kat luar sana yang minat dengan aktiviti extreme xpun yang suka motor, tak kisah la moto kecik ka, sederhana ka atau motor besar..rajin2 la korang nengok blog aku nie..Sebab aku nak kongsi pelbagai aktiviti yang menarik untuk peminat-peminat motor dalam kalangan gadis2 nie : )...


Lupa plak nak perkenalkan diri...sory :(   Namaku Anis Azmira..just call me Anis..


Nie la pakwe kesayanganku.. HONDA VT 250 ..Tahun Keluaran 1983 

Okey la kot catatan tentang diriku..mungkin lepas nie aku akan upload lebih banyak lg foto-foto kenangan semasa aku menyertai pertandingan autoshow dan sebagainya.. hehe ..jumpa lagi didalam catatan yang akan datang..bye2